Friday, July 30, 2010

Bila cinta - OST Lagenda Budak Setan ( Video and lirik)

Sedih la pulak pagi-pagi nie....tiba-tiba terlayan lagu Bila Cinta dalam citer lagenda budak setan...bes sangat lagunya.


Lagu nie ada 2 version satu laki yang nyanyi and satu lagi pompuan yang nyanyi...Tapi aku lagi suke Gio yang nyanyi dari Filianti Vlee..


Nie lirik lagu Bila Cinta


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan


Wednesday, July 28, 2010

To all my friends..

Entri kali nie aku uat special untuk korang....aku appreciate sangat dengan ape yang kita lalui dan buat selama nie...

Terima kasih sebab selalu dengan aku masa susah dan senang....Mudah-mudahan hubungan yang terjalin ini akan berkekalan sampai bila-bila...

Friend
A friend is a person
to laugh and cry with,
An inspiration,
Someone who lends a helping hand,
though friends may not be forever,
And they may not end up together,
the memories of a true friendship will
last forever.
A friend is not a shadow nor a servant
But someone who hold
a piece of a person in his heart.
Someone who shares a smile,
Someone who brightens up your day
What makes a person a friend?
Is by saying your Love will stay.

- Renee donna Bufete 
 
 
CAYANG KORANG.....MUAHX,MUAHX,MUAHX  ^_^

Jumpa kak RINA SALLEH..

Bes sangat....akhirnya bertemu jugak aku dengan akak yang comel and vogue nie....awal bulan aritu jumpe die...
tak sangka giler......

Hepi sangat2 la dapat jumpe and borak-borak..huhuhu.....aku antara fan kak rina la...blog die aku suke sangat baca, die punya content aku rase bes n xdela melalut-lalut macam orang lain...

Nie blog kak Rina...http://lovely-austere.blogspot.com/

Nak jadi macam die bole tak??hehehe....





Comel kan akak nie.....jelesnya...urmmmm

Sunday, July 25, 2010

Aku stress!!!

Malam ini aku stress dengan borland C+++.....

Adoi macam siot je computer programming nie...

Asyik tak betul je..

Dahla banyak kena buat...esok plak dah kena hantar..

Sabar,sabar....

Wednesday, July 21, 2010

Treatment terbaik untuk hari ini..

Takda apa yang dapat aku ungkapkan lagi....

Treatment terbaik untuk malam ini..

Untuk tahu dengan lebih lanjut sila klik di bawah ini..

Sesungguhnya Allah memang sengaja..

Tuesday, July 20, 2010

Sayang Family

Ambil mood sikit petang-petang nie...tiba-tiba terasa gatal pulak tangan nie nak menulis dalam belog busyuk aku nie....sian die lama tak update..busy ma..

Kali nie nak cerita pasal family aku...rindu pulak dekat mama, papa and adik-adik yang lain...masa dulu kecik-kecik aku nie jahat sangat..suka buli adik aku si sitot tu..cubit die sampai nangis...kesian die kan??huhu

Pastu aku suke jugak cari pasal dengan adik laki aku..sebab die nie nakal and panas baran sikit...aku dengan die tak ngam sangatla dulu..keje nak gado je memanjang...nampak je muka mesti nak gado.

Aku nie jugak kat rumah garang gila...adik-adik aku yang bawah tu sume tau..especially ucop...kalau aku marah die..konpem meleleh je air mata die...sebab die nie kadang2 mengada2 sket...tu yang aku geram tu..sume nak mama buatkan untuk die..

Tapi ngengade die tak la sehebat bile die bercakap....die nie suke sangat bercakap...sampai tak berenti2 la...tak reti duduk diam..suka main power rangers...tengok katun and men game...kalau balik umah selalu gado tv dengan die...sebok nak tengok playhouse la, nickleodeon la...malam plak gado dengan papa sebab malam2 papa mesti nak tengok supersport,espn sume..habis kitaorang...tengok ape...tsk

Tapi dulu before family pindah Sabah,Sarawak aku tak rapat sangat dengan adik-beradik and parents sume...aku buat hal sendiri je tapi bila diaorang stat pindah ke sana..aku rasa hubungan family aku rapat sangat...
caring each other....plus dengan kazen2 aku pun macam tu jugak..jadi rapat..

Nasib baik dari dulu papa ajar aku and adik2 yang lain berdikari sendiri untuk ape-ape pun..jadi bila diaorang pindah jauh aku tak terasa sangat...baru-baru nie aku balik Sabah.....aku rasa bagus and banyak benda yang  menyedarkan aku balik...macam recharge diri balik ke arah yang lebih baik..

Semalam before papa balik aku and adik laki aku lepak-lepak dulu dengan dia, makan-makan and borak-borak sume...papa banyak bagi nasihat dekat aku n kaya....yang besnya..mama and papa nie open...kitaorang boleh berbincang macam kawan2...

Diaorang bersikap terbuka, mendengar and beri pendapat yang terbaik untuk kitaorang...malam tu papa tahu aku n kaya ada masalah....papa mengingatkan aku tentang banyak perkara yang kadang2 aku rasa aku lupa sebagai seorang hamba Allah....

Thanks mama and papa....sayang sangat...muahx,muahx



Tuesday, July 13, 2010

Perasaan yang agak sadis.

Apakah perasaan ini???
Kenapa perasaan ini tiba-tiba muncul??
Bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah..

Semua manusia diduga dengan pelbagai cabaran dan dan rintangan..
Cuma bentuk ujian dan rintangan itu saja yang berbeza-beza..
Dan semua orang mengalami masalah cuma bagaimana kita mengatasinya menjadikan
kita berbeza dari yang lain...

Sunday, July 11, 2010

Mane lagi bes? laki ke pompuan?

Ok di petang ahad yang berbahagia nie aku nak kongsi sikitla kisah menarik pasal laki dan pompuan..Aku dapat benda nie pun secara kebetulan..boring sangat jadi usha-usha la and baca blog orang..

Tapi benda yang aku jumpe nie interesting tau..bagus untuk peringatan kite bersama...mungkin ramai yang tak sedar dengan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang laki dan seorang pompuan.

Mudah-mudahan ini akan memberi kite semua kesedaran dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..aminnn..klik dekat link yang kat bawah tu nanti akan kuar pasal benda yang aku cerita nie.. ^-^

merpati putih - mana lagi baik? laki ke perempuan?

Saturday, July 10, 2010

Filem faverite dah kuar!!!

Besnya,besnya...filem faverite aku dah kuar...sukeeee sangat...plan nak tengok dalam minggu depan..minggu nie sure penuh gile cinema tu dengan orang..tu pun dengar member-member cakap kena booked tiket 2 minggu lebih awal dalam tenet

Takpela kot..gamble jela..de rezki ade..hehe...tak sabarnya nak tengok pakwe aku si Robert Pattinson tue..dahla encem,comey,cool..sume adela..hehe

Makwe die Kristen stewart tu main jauh-jauh ek...awek sebenar nak datang...shoooohh,shooohh... ^-^













Wowwwweeeeee......heheheh

Nie yang nak mara nie.

Aku nak mara nie...gggggrrrrr...geram betul la..bile la aku nak ade kamera digital nie..dahla banyak benda bes-bes berlaku sepanjang cuti semestar dan minggu lepas...kamera plak takde..tensi betul!!..

Tak dapat kamera DSLR pun takpela, digital pun jadi... nak harap kamera handphone bukan ape tau-tau jela camne kan..gamba blur je pastu tak berapa cantek..nak zoom pun jadi tak bes..waaaaaa

Ade sape-sape tak yang bermurah hati untuk berikan saya kamera digital percuma???mmm..jasa baik anda sangat dihargai...

Takpela..mulai sekarang kene kumpul duit betul-betul nie beli kamera sebijik..sebelum hujung tahun nie mesti ade!!..hehehehe




Oh..kameraku yang comel....tsk :(




Friday, July 9, 2010

Ciri-ciri cinta berdasarkan zodiak mengikut kajian Barat.

ARIES: 20 Mac-19 April
  • Bersungguh dan penyayang
  • Suka mendesak diri / orang lain
  • Suke aktiviti penuh cabaran
  • Ada sifat mahu menguasai & melindungi kekasih
  • Love relationship biasanya pendek sebab kurang pengetahuan mengendalikan perihal perhubungan dengan baik
  • Cepat bosan dengan sesuatu
  • Kadang-kadang terlalu tergopoh2 dalam percintaan
TAURUS: 20 April-20 Mei 
  • Sifatnya slow n cermat je dalam perhubungan 
  • Setia dan berdisiplin dalam cinta
  • Tak suke situasi yang pelbagai dalam cinta
  • Biasanya suke rutin, berjadual atau bersistematik dalam perjalanan cinta
  • Tak berapa suka romantik tapi suka beri/terima hadiah
  • Kadang-kadang kaku/ dingin dalam perhubungan 
GEMINI: 21 Mei-20 Jun
  • Suke percintaan yang melibatkan permainan mental serta banyak menggunakkan percakapan & menghargai kekasih yang pandai berkomunikasi
  • Suka alami pelbagai citarasa dan pelbagai bentuk komunikasi dalam bercinta.
  • Kalau bosan sebab tiada komunikasi atau kepelbagaian dalam cinta, dia mudah tawar hati dan mahu bertukar pasangan.
  • Selalunya tak terikat dengan satu-satu cinta.
  • Punyai sifat menggoda yang sangat kuat  
CANCER: 21 Jun-22 Julai
  • Seorang yang suka menyayangi, setia dan boleh dipercayai
  • Emosi dan kadang2 sukar paham emosinya
  • Memerlukan dan memberikan kasih sayang secara berterusan
  • Memberi kasih sayang secara perlahan-lahan dan berpk sangat panjang tentang cinta
LEO: 23 Julai-22 Ogos
  • Sangat mahu menyayangi dan mampu menyayangi seseorang tanpa had dan penuh bersungguh
  • Namun mahu sentiasa disayangi sepanjang masa
  • Mudah kecewa kalau kurang layanan dari kekasih
  • Kalau tiada keceriaan atau layanan dalam cinta, akn tukar arah cinta yang lain pula.
VIRGO: 23 Ogos--22 September
  • Dingin, kurang menyayangi,kurang keinginan tapi sebenarnya malu.
  • Luah perasaan cinta sangat perlahan
  • Bercinta dengan sentuhan fizikal spt sentuhan tangan
  • Mahir dan suka bercerita tentang keinginannya dalam cinta (kuat imaginasi)
  • Suka perubahan dan kepelbagaian dalam cinta
  • Kadang2 terlalu tumpukan kerja atau kerja melebihi cinta.
LIBRA: 23 September-22 Oktober
  • Menawan,romantik dan mudah sayang
  • Sentiasa cari kekasih sejati dan kesempurnaan
  • Sanggup memberi kasih sayang tapi kekasihnya pun mesti memberi kasih sayang yang sama juga.
SCORPION: 23 Oktober-21 November
  • Cinta yang mendalam dan setia
  • Suka menguasai pasangan
  • Sanggup berkorban, melindungi dan menceriakan pasangan
  • Tapi kekasihnya pun kena begitu juga
  • Cepat cemburu dan selalunya mendesak untuk dapatkan sesuatu dari pasangan.
SAGITTARIUS: 22 November- 21 Disember
  • Biasanya perasaan suka berubah-ubah, jarang komited pada cinta yang satu dengan tetap
  • Mahu kebebasan, banyak bergerak dan mengembara dalam cinta
  • Mudah terperangkap dalam masalah cinta
  • Takde kekuatan dan keyakinan untuk hadapi masalah cinta
  • Kerap melarikan diri /menyepi bila ada masalah cinta.
CAPRICORN: 22 Disember- 20 Januari
  • Cermat, setia, suka ambil berat dan bersugguh dalam membuahkan perhubungan
  • Suka siasat hal-hal peribadi pasangan.
  • Suka buat kejutan
  • Mahu suasana persekitaran cinta yang sentiasa selamat
  • Tak mudah mengalah berkasih dengan seorang sahaja.
AQUARIUS: 21 Januari - 18 Februari
  • Setia, berusaha keras menceriakan pasangan.
  • Tak tahan bile gado dalam bercinta, mudah larikan diri tapi akan kembali semula bercinta
  • Berkarisma dan mampu berkomunikasi dalam bercinta
  • Suka aktiviti yang penuh ceria dan adventure dalam hubungan
  • Suka percintaan yang bermula dengan permainan minda
  • Jarang tunjuk kasih sayang pada kekasih
  • Mahu bina kepercayaan dulu and ambik masa before bercinta dengan komited.
PISCES: 19 Februari- 19 Mac
  • Mudah kasih sayang dan mudah juga putus kasih sayang.
  • Suka memberi dan menerima cinta sampai sangat bergantung penuh dengan kekasih
  • Selalu cari kesempurnaan dan menyebabkan  mahu bertukar2 pasangan
  • Mahir jalinkan hubungan dengan bbrp orang pada satu2 masa.
  • Kekasih yang mencintainya akan terikat dengannya selama-lamanya
  • Mahu cinta yang penuh falsafah dan kerohanian.
  • Sangat ambil berat dan ada sifat romantik
  • Punya jangkaan yang tinggi tentang cinta sebab fantasi cintanya tinggi.

Sumber : Buku Cinta, Jodoh dan perkahwinan..Eddy Rosyadie

Tuesday, July 6, 2010

Demam bola..

Nie adela minggu terakhir demam bola...bosan betul aku habis sume pasukan faverite aka pasukan pakwe2 aku sume kalah...kecuali Belanda..go Belanda, go Belanda..hopefully diaorg akan sampai ke final match la 12 hb Julai nie..

7hb nie BELANDA vs URUGUAY (macam tak pcaye plak uruguay nie bole msuk smp semi final..urmmm) agak2 diaorang pkai guna-guna tak..

8hb plak JERMAN vs SEPANYOL...tak taula sape y berpotensi..aku da jd geng kawan aku plak..die sokong SEPANYOL..before nie die mesti sokong benda y bertentangn dengan aku...tup,tup..asik die je menang..jadi kali nie disebabkan aku jeles sangat aku uat keputusan tuk jadi geng die..bole ke macam tu??

12hb Julai FINAL MATCH..antara sape dengan sape tu aku tak tau..jadi TUNGGGUUUU.. ^_^

Monday, July 5, 2010

Ronda-ronda Kota Kinabalu DAY 3

Untuk hari ketiga nie...kejenyer ronda-ronda Kota Kinabalu je...aku dengan mama dan adik-adik yang lain buat request dekat papa supaya hari ni berehat-rehat je dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Tawau...penat gile kot kalu drive lagi 8 jam..semalam dahla dlm kete 15 jam..letih tau

After c.out dari hotel kitaorang pun menuju ke bandar Kota Kinabalu...saja jalan-jalan kat pasar Filipina sume..ronda-ronda kawasan sekitar tue..mama pulak gile tengok mutiara2 yang ada kat sana..agaknya kalu bawak duet seguni pun bole habis kot..hehe

Hari tu plak kesihatan aku agak tidak mengizinkan..sempat jugakla merayap dengan ct cari minyak angin dan panadol...pastu takde mood nak explored lebih2..tunggu je kat tepi kedai and sempat jalan sikit2..pastu terus masuk kete..telan panadol sume..agak lega...

Malam tu kitaorang tido dekat rumah sedara di Tuaran, i jam perjalanan dari KK..after gi bandar kitaorang pulang kesana dulu sembahyang, rehat-rehat suma..petangnya..berjalan di tepi pantai tengok matahari terbenam and tengok gelagat orang tangkap makanan laut..ape ntah namanya..lebih kurang macam kupang la..hu

Pastu on the way balik singgah dulu di shopping complex...jalan-jalan, beli apa2 yang patut dan balik rumah..Malamnya pulak aku belajar buat gelang kristal...bes sangat..thanx ek pada yang mengajar..kuikuikui

Nanti aku update gambo untuk tatapan korang k..

Balik UITM..

Entah kenapa kali nie balik UITM aku suke sangat...rindu pula dekat kawan2 seperjuangan yang lain...nak huhahuha dengan diaorang..gi jalan-jalan...gosip-gosip cerita terbaru...bes,bes..

Semalam petang aku sampai UITM, alhamdulillah dapat roomate+classmate yang baik hati sume..ingat sem nie dapat duduk sekali dengan ama comot..rupanya tak..orang kolej dah tentukan siap2 no bilik dan roomate kite sapa. Harap-harap Ama comot takkan lupakan aku la..rindu die marah-marah kalau tak study n artwork-artwork die yang cantik tu..

Nanti aku nak pegi bilek die la saje mengade2 nak suruh die lukis benda yang comel2 untuk aku..boleh buat kenangan..nanti die dah jadi artis terkenal, habisla mahal lukisan-lukisan die..baik aku cop siap2..psst,pssst...jangan beritahu ama tau..hehehe

Tadi petang aku pegi ronda-ronda dengan mar and yana..kitaorang pegi Plaza Alam Sentral je jalan-jalan,makan-makan,borak-borak plus cari keyboard aku yang rosak..puas hati la..aku sukeee

Mar pulak buat request suruh aku tulis blog tentang cerita2 baru aku..asik2 tak update je...mintak maap la ye..bukan i sengaja tapi kemalasan telah melanda diri ni...jadi malam nie i crite la sket tentang perkembangan terbaru i sekarang..heh