Thursday, November 4, 2010

4 LELAKI yang diheret WANITA ke NERAKA..

1) AYAHNYA

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat . Tidak cukup kalau dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2) SUAMINYA

Apabila si suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan lelaki bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3) ABANG-ABANGNYA.

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang2nya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4) ANAK-ANAK LELAKINYA.

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka nantikan tarikan ibunya ke neraka.

p/s : Sama-sama la kita saling ingat memperingati antara satu sama lain..SAYA SAYANG KELUARGA SAYA.. =(