Sunday, June 27, 2010

Journey from sarawak to sabah DAY 2

Sori-sori...lama x update crite aku nie...heh,aku nak continue sal journey nie tuk hari kedua...
Paling lama tapi tak mencabar sangat macam hari yang keempat...Kitaorang bertolak dari Miri menuju ke Brunei dalam pukul 9 lebih pagi...

Untuk journey yang hari ini memang tak tahu jalan langsung dan first time...Memang kene pakai map la...map yang kawan papa buat sebab dia biasa keluar masuk brunei. Keluar dari imegresen Sarawak masuk pula imegresen Brunei, cop pasport tu x payah nk cakapla..memang banyak giler untuk hari tu sampai penuh 2 mukasurat...

Papa n mama pun pening sebab 8 orang kan...dengan nak macam2 dokumen la..leceh betul..masa lalu dekat Brunei tu banyak benda menarik yang aku nampak...dekat sana rumah besar-besar...kebanyakkanya banglo, kereta plak 2,3 biji setiap rumah...

Polisi kereta dia macam Singapore...kereta lama lebih dari sekian2 tahun kena tukar dengan kereta baru...tak boleh bawa kereta lama atas jalan raya....pertukaran matawang diaorang pun lebih kurang macam singapore..2x ganda duit Malaysia..

Rumah diaorang more to tanah lot la..sebiji2...tak jumpa pun rumah teres..lepas tu tinggi tiang rumahnya...agama islam sangat kuat..banyak papan tanda seperti subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar di sepanjang jalan raya di Brunei..

Papan tanda kedai pun mesti tulisan jawi dulu dekat atas baru tulisan rumi dekat bawahnya walaupun kedai tu kedai cina!..dekat sana cina kurang berniaga...orang melayu banyak..kitaorang tak lalu pun Bandar Seri Begawan...hanya lalu di tepi bandar sahaja...InsyaAllah kalu ada rezeki nanti bolehla datang lagi..jalan-jalan pula..huhu

Selepas keluar dari Brunei pada pukul 2 petang kami menuju ke Limbang, Sarawak before masuk kembali ke Brunei....means kat sini..Brunei tu terbahagi dua disebabkan oleh Limbang ...jadi sangat leceh...

Di limbang bandarnya betul2 di tepi sungai yang besar.. Sampai sahaja di sana kami terus sembahyang dan makan...lepas pukul 3.30 petang kami mula bergerak ke Brunei semula...di sini kami perlu menaiki feri untuk masuk semula ke Brunei..yang nak bengang sangat...feri kalu besa xpe mcm dekat penang..

Ini kecik je..boleh muat dalam 6 biji kereta..cubela pk kalu lori or bas yang naik..x ke penuh..pastu nak seberang sungai kontot je pun, kita yang nak seberang ni pun nampak jalan dan rumah yang dekat sana....macamla tak boleh buat jambatan...tau tak berapa lama kitaorang tunggu untuk ke sana????

Dekat 2 jam!!!!...giler betul...tapi akhirnya sampai juga kami di Kota Kinabalu jam 10 malam..dengan lapar+letih+sakit badan sume....penat giler la...pastu c.in hotel kul 12 tgh malam...

LIMBANG










BRUNEI




















No comments: