Wednesday, June 30, 2010
Hurmmmm..
Sunday, June 27, 2010
Journey from sarawak to sabah DAY 2
Dekat 2 jam!!!!...giler betul...tapi akhirnya sampai juga kami di Kota Kinabalu jam 10 malam..dengan lapar+letih+sakit badan sume....penat giler la...pastu c.in hotel kul 12 tgh malam...
LIMBANG
Saturday, June 19, 2010
Journey from Sarawak to Sabah..DAY 1
Kitaorang gerak dari rumah di Betong pada pukul 8.30 pagi..sume orang termasuk mama, papa seramai 8 orang..barang penuh giler,orang plak ramai..paham-paham jela macam mane seksanya kitaorang...tired n fun..huhu
Dalam pukul 10 lebih kitaorang singgah sekejap di Sarikei..breakfast sume kat sana then teruskan journey lagi menuju ke Sibu..di Sibu kami tak berenti dan melalui sungai Rajang, sungai yang terpanjang di Malaysia..Sibu besar lagi dari Sarikei...Sarikei tu macam pekan kecik je.
Kami meneruskan lagi perjalanan ke Bintulu..lebih kurang pukul 3 lebih kami sampai di sana..Singgah sembahyang dan membeli buah di pasar tamu Bintulu sebelum ke destinasi terakhir kami pada hari ini, iaitu Miri...
Di Bintulu kami sempat mengambil gambar kerana di belakang Pasar Tamu adalah sungai besar tempat kapal-kapal kecil berlabuh..Tepat jam 5 petang kami pun bergerak menuju ke Miri.. sepanjang perjalanan dari Betong ke Miri...aku dapati keadaan jalan raya di Sarawak sangat teruk...
Jalan utama yang menjadi penghubung antara bandar berlubang-lubang..seperti jalan kampung di semenanjung...agaknya jalan kampung kat semenanjung lagi elok kot..pastu sunyi je..kalu pukul 8 malam ke atas memang jarang la jumpa kenderaan..dahla hutan je banyak..takot..
Tu sebab kitaorang jalan waktu siang..tak berani gerak waktu malam...manatau jadi pape..kat Sarawak n Sabah nie bukan ade RnR...kalu ade pun tempat rehat biase je dan teruk..Di Sarawak agama Kristian sangat kuat jadi kalu nak makan tu was-was walaupun kedai tu melayu..
Anjing pun bersepah-sepah...Rumah-rumah panjang orang Iban juga daif...susah nak jumpa kat Sarawak rumah-rumah besar..kebanyakannya di bandar saja...Itupun Cina..orang melayu dan iban sumanya hidup susah...Kalau lalu dekat jalan kita akan nampak ada lagi mak-mak n budak-budak yang basuh kain dan mandi di tepi sungai...orang sini dah ketinggalan 20 tahun dari kita di semenanjung..
Surau pun takde nk separate antara laki dan perempuan..sembahyang main campur je..tapi kalu masjid besar die separate la...sume bandar yang aku pegi dan singgah mesti di tepi sungai dan laut..itu jalan penghubung untuk diaorang angkat sume barang..kat sini barang memang mahal la..compare tu semenanjung
Ekonomi juga dikuasai oleh kaum Cina...orang melayu or shopping complex yang datang dari semenanjung contohnya giant,tesco sume xde..walaupun kat Kuching...terukkan???
Kitaorang sampai Miri pukul 7 lebih..sampai-sampai je terus cari hotel,check in, sembahyang dan makan...kedai makan dekat je..betul-betul di hadapan hotel..so senangla..hehe
SIBU
BINTULU
MIRI
Friday, June 11, 2010
Sedih.
Semuanya KALAU....aku rasa aku kena fokus dari sekarang..jangan pegang banyak sangat benda tapi satu pun tak menjadi. Pilih yang terbaek dan buat betul-betul sampai jadi...Supaya aku tak menyesal di kemudian hari...
"Jangan menyesal dengan apa yang telah berlaku lakukan yang terbaik untuk masa kini dan masa akan datang supaya kita takkan menyesal seperti waktu dahulu".
SEMANGAT!!!!
Wednesday, June 9, 2010
Pindah rumah..
Jadi aku dan adik-adik tunggu jela kat atas kan , jangan buruk sangka saya bukan pemalas ye kawan-kawan..heh..betul nie,betul..sambil buat muka kesian.urmm
Banyak juga la barang-barang kitaorang..dahla pindah bukan dekat ke Tawau, Sabah pulak tu..pastu kitaorang akan travel pulak dengan kereta dari Sarawak ke Sabah..mungkin ambil masa 2 or 3 ari baru sampai. Papa cakap kitaorang akan lalu Brunei..tak tahu la bole jalan-jalan ke tak kat Brunei tu..harapnya boleh la kan,kan..hehe
Rase tak sabar juga nak memulakan ekspedisi ke Sabah nie..mesti panjang gile perjalanan dan letih sangat...hopefully enjoy la ek..aku time cuti nie bukan main lagi berjalan nanti bila balik UITM tengokla...amik ko dengan keje sebeban..mampuih
Nak makeup camnie.
VINTAGE PINUP GIRL MAKEUP
Monday, June 7, 2010
Jerawat naik.. :(
Sunday, June 6, 2010
Saturday, June 5, 2010
Bagus atau tidak untuk aku
Lagi satu cepat kesian dengan orang..Bila marah dekat seseorang tak pandai simpan lama-lama dan cepat kesian..hurmm..ade sifat macam nie teruk jugak rasenya...walaupun orang banyak buat salah..aku terima je tapi sampai bila..
Sampai bila boleh tahan keadaan yang macam nie..mungkin aku perlu tegas untuk sesetengah hal yang sepatutnya dipandang berat...Biar jujur pada diri sendiri dan orang lain...jiwa pun tak terseksa, kepala pun tak pening berfikir.
Itu je untuk malam nie...
Thursday, June 3, 2010
Kerana dia manusia biasa...
Email ini dipetik daripada seorang sahabat, dan saya forwardkan untuk manfaat kepada diri saya dan semua.
Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.
"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.
Saya faham keadaanya ketika ini.
"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."
"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.
Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.
Eeh..., dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja."
Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. "Teruknya dia ni."
Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.
************ ********* *********
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia.....?"
"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.
"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."
"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "
Ssttt....."Saya menutup mulutnya.
Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."
Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.
Wallahu 'alam.
Artikel superb..mesti baca!!
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
Wednesday, June 2, 2010
Bile cousin together-gather.
So this is special entry untuk korang sume la ek..comey je rase dan sengal-sengal belaka. CAYALAH weh..heh.
Kitaorang konvoi hari tue dalam 4 bijik kereta..sume kazen je,mak bapak tinggal rumah sebab kitaorang dah warning parents is not allowed..nakal kan??huhu..kecuali kakak mama dan suami die..diaorg yang pantau kitaorang semua sepanjang berada di PD selama 2 hari 1 malam.
Memang syok dan happening gile la bile semua berkumpul yang paling aku geram kat adik laki aku kaya, masa naik banana boat sesuke ati die jatuh hempap atas aku dan tekan aku ke dalam..memang macam orang gila la terkapai-kapai waktu tu dahla aku dengan die duduk paling belakang.
Dah timbul tu leh plak buat muka tak bersalah..macam nak siku-siku aje die..sampai ati ko ek.
Ini antara picturenya..mintak maap la gambo agak blur sket sebab ambik dari kazen.Sedeynya..tsk
Time nie baru je sampai, isi perut dulu dengan bekal yang dibawa dari rumah. Makan mengadap laut memang syok!
Kenali 5 sifat lelaki.
1. Lelaki yang lucu
Senang je kalau nak kenal lelaki jenis macam nie..keje die asyik buat lawak je..sampai ko pun tak ingat dunia bila gelak, ade je benda-benda lawak yang dia nak kongsi serta tahu bila ko sedih and sedaya upaya hiburkan ko. Best kan laki camni tapi bile datang sengal die tu yang x boleh blah tue..rase macam nak cekik-cekik je.
2. Lelaki yang penuh cita-cita
Dia nie jenis yang penuh semangat dengan apa yang dia buat. Kiranya macam jenis hardworking punya lelaki la..Kalau projek tak berjuta-juta tak sah setakat keringkan ikan masin depan rumah buat jual memang dia x pandang la.
3. Lelaki yang pentingkan kesihatan.
Dapat pakwe macam nie memang bagus tapi sakit jugak..Ko tak boleh gi makan dekat McD, KFC, Pizza Hut dan seantero dengannya sebab die nie jaga sangat pasal pemakanan..Kalau macam nie punya lelaki elok bawak bekal dari rumah picnic bawah pokok..Duit pun save..hehe
4.Lelaki yang gila melaram
Adoi,adoi,adoi..pening dapat lelaki macam nie..berpenampilan sangat. Nak dating pun kena tunggu berjam-jam..yela, nak sembur perfume lagi, touch up, rambut mesti macam Cristiano Ronaldo, seluar jeans dengan t-shirt pun nak kena iron..kasi cantek dan berline..kalah pompuan.
Kalau gi pasar beli sayur pun macam tu..lu pikirlah sendiri (ciplak ayat Nabil)..lol
5. Lelaki yang sangat romantik..
Wow...aku suke..tapi sangat berbahaya ye kawan-kawan perempuan ku sekalian sebab ayat manis die boleh membunuh kepada sesiapa yang terleka..Jadi kena waspada selalu..kalau sekali-sekala romantik xpe tapi kalau hari-hari ' i lap u', 'u lap me'..xbesla kan..
Cara supaya sentiasa murah rezeki.
Mama: kak apa pasal ko buang nasi nie?
Aku: Nak rendam periuk nasi nie,senang nak basuh jadi buangla nasi yang lebih tu dalam tong sampah. Nape?
Mama: Ko nie,nasi tu boleh bagi dekat burung-burung kat luar esok pagi..jangan dibuang.
Aku : Yeke ma?
Mama: Yela..yang ko buang tu knape
Aku: Hehehe..minta maaf cik puan
Mama pun ambik nasi tu dan letak balik dalam bekas periuk yang nak dibasuh. Aku pun teringat yang mak long pernah cakap kalau nak murah rezeki, makanan yang kita makan kena habis especially nasi..
Sebab nasi tu ade perasaan tau jangan ingat manusia je ade perasaan,nasi pun sama jugak..kalau kita buang dia, dia akan merajuk, sakit hati dan menyumpah kite..
Tu sebab rezeki susah nak masuk..Kalau tak abis jugak mane tau nak diet ke ape ke kasi nasi or lauk yang lebih tu pada ayam belakang rumah korang ke, kucing ke, burung ke kan lebih baik..he
Macam mane la rupanya kalau nasi tu nangis ek??ade rupa macam Siti Nurhaliza tak? :P
Tuesday, June 1, 2010
Dapat call dari seseorang.
Die offer aku untuk jadi pembekal/ supplier untuk sesiapa yang nak barang-barang dia..kira dapat rezeki bisnes besar jugak la nie..
Tapi aku cakap dekat die mungkin aku tak dapat bergerak aktif lagi sekarang sebab busy dengan final year sume..mama dan papa pun dah paham dengan apa yang aku suka..Jadi diaorg support aku dari belakang asalkan jalannya betul dan ikhlas.
Mudah-mudahan jalan yang aku pilih nie diberkati dan berjaya..amin,amin
Barang yang aku sayang.
1. Of course la handphone aku, pegi mana-mana pun aku mesti bawak..walaupun handphone aku
takdela canggih-manggih cam orang lain dan agak sengal-sengal ubi tapi aku tetap sayang..yang
penting aku boleh tepon orang, jawab tepon dan main message..ok la tu kan :P
2. Purse aku..aku mesti bawak kalau pegi jalan-jalan or memane jela, tp xdela sampai dekat
dalam rumah pun nak angkut kesana-kemari plus bawak time tido..tu dah kira over
ok..walaupun duit dalam tu takdela banyak dan cukup untuk order milo ais dan roti canai
kosong, aku tetap sayang purse aku.heh
3. Mr Pinky,mesti ada kalau nak tido tp time balik sarawak nie aku xdapat bawak die sebab besa
sangat nanti timbang terlebih konpem kena mara dengan bapak aku.isk3
4. Perfume, compact powder dan lipstick..mesti,mesti dan mesti ada dalam handbag..hidupku
tidak bermakna tanpanya dan sangat membantu di saat memerlukan..perempuan kan.
Itu aje kot..setiap orang mesti ada barang kesayangan masing-masing kan??hehe
Bisnes AKu..
InsyaAllah kalu tidak ada aral dan berjaya pulang pada hujung bulan 6 nanti aku akan update sume barang-barang yang akan aku jual antaranya adalah perfume, tudung, baju-baju terpakai dan juga produk kecantikan...
Tunggu ye..padahal aku sendiri pun dah tak sabar-sabar nak mula nie..huhu
Tips bulu mata melentik.
Jadi disebabkan mata nie terkebil-kebil tak reti nak tutup jadi aku pun baca majalah mama..aku curi-curi ambik masa die tengah tido..nasib baik tak perasan ..fuhh..lega..he
Time khusyuk membaca habisla tertarik dengan satu tips nie...petua bulu mata melentik, bagus jugak kan kalau dapat melentikkan bulu mata nie..bukan senang, cara semula jadi tau bukan pakai besi lentik-lentik tu atau pun mascara..
mana tau nanti mata jadi macam ala-ala arab gitu..huhu..dah-dah jangan merepek..ok, tips nya adalah dapatkan lidah buaya dan sapukan lendirnya ke bulu mata sebelum tidur. InsyaAllah ye bukan konfem bulu mata akan lentik semula jadi..
senang je kan...bolehla cube pasni...(^-^)
p/s:kalau dekat belakang rumah pokok lidah buaya tue cenonet je,xyahla ambik ye..nanti habis
gondol, payah jugak..tsk